Excel Pro

Excel Pro sasar jualan hampir tiga kali ganda

KUALA LUMPUR – Produk makanan tambahan tablet berperisa coklat, Excel Pro milik
pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd. Fadzilah Kamsah menyasarkan jualan sebanyak
RM7 juta sepanjang tahun ini.
Beliau berkata, sasaran itu hampir tiga kali ganda jualan yang dicatatkan pada tahun lalu
sebanyak RM2.4 juta.
Jelasnya, keyakinan itu berdasarkan proses evolusi dan penambahbaikan yang dilakukan
di mana kali terakhir Excel Pro mendapat sentuhan ‘magis’ penjenamaan baharu selain
peningkatan mutu ramuan bahan digunakan pada Disember 2019.
“Tahun lalu, syarikat ini menggunakan hanya lapan orang jurulatih sebagai tenaga
sokongan dan jualan produk berkenaan. Bagaimanapun hanya pada tahun ini, mula
menggunakan sistem stokis dan ejen.
“Kelainan kita juga dapat dilihat dengan memberi sokongan kepada jurulatih dan golongan
ibu bapa sendiri dengan mewujudkan program webinar contohnya.
“Menerusi program sebegitu, pihak kami salurkan pelbagai input berfaedah dan
bermanfaat untuk diamalkan termasuk tips, nasihat dan perkongsian doa.
“Hingga kini kami mempunyai empat stokis, lebih 150 agen di seluruh Malaysia. Malah
sistem jurulatih yang diamalkan masih dikekalkan dan terus bertambah bilangannya,”
katanya dalam satu kenyataan di sini.
Mula dipasarkan sejak awal tahun 2000, produk keluaran Shafaz Trading Sdn Bhd itu
berpengkalan di Bandar Baru Bangi, Selangor.
Mohd. Fadzilah menambah, kelebihan produk itu atau yang membezakannya dengan lain
adalah daripada sudut pandangan dan bidang falsafah hidupnya yang dipelajari serta
amati.
Jelas beliau, ia bererti ada nilai tambah di mana sebelum ini makanan tambahan
dikhususkan untuk membantu pelajar sekolah contohnya masalah hilang fokus, keletihan,
stres, mudah lupa dan masalah penghadaman.
Namun ia menurutnya, ia tidak akan memberi kesan tanpa peranan ibu bapa sendiri.
“Lalu dalam situasi sebegini, ibu bapa juga perlu menjayakan tanggungjawab mereka
dengan menyalurkan hal positif.
“Golongan anak juga sama contohnya belajar dengan ikut arah kiblat dan baca penenang
hati. Pendek kata, keberkesanan produk itu akan lebih mujarab dengan cara dipraktikkan
ibu bapa dan anak mereka,” kata Pengasas Excel Pro itu
Sementara itu, produk tablet coklat yang sedap tanpa gula ini diperbuat daripada
kandungan premium seperti Bacopa, Omega 3, Prebiotik  dan Probiotik.
Ia didatangkan dalam bentuk botol dengan kuantiti 120 biji dan dijual pada harga promosi
di bawah RM100.
Ia diperakui mempunyai jaminan logo Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
selain memiliki sijil pengiktirafann Good Manufacturing Practice. – MalaysiaGazette

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
0