Proses evolusi dan penambahbaikan produk makanan tambahan tablet berperisa coklat,
Excel Pro sebanyak beberapa kali terus menjadi kebanggaan pengasasnya iaitu pakar
motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah atau mesra dipanggil Tok Abah.
Produk keluaran Shafaz Trading Sdn Bhd yang mula dipasarkan sejak awal tahun 2000 itu
telah mendapat sentuhan ‘magis’ penjenamaan baharu selain peningkatan mutu ramuan
bahan yang digunakan sejak dari Disember 2019 yang lalu.
Kelebihan produk ini adalah ianya tidak semata-mata dijual dengan bertumpukan kepada
pengguna sasaran yang dirumus khas untuk usia tiga hingga 80 tahun sahaja.
Sebaliknya, ia bertimbal balik kepada falsafah kemanusiaaan, saling kebergantungan
kehidupan dan tenaga positif manusia seiring dengan kepakaran Tok Abah dalam bidang
motivasi serta falsafah.
“Di pasaran barangkali ada produk yang hampir sama dengan Excel Pro. Namun kalau
ditanya apa kelebihan produk ini atau yang membezakannya dengan lain, ia berbalik
kepada sudut pandangan dan bidang falsafah hidup saya pelajari serta amati.
“Bererti dalam hal falsafah itu sendiri ada nilai tambah. Makanan tambahan ini yang
awalnya dulu dikhususkan untuk membantu pelajar sekolah contohnya masalah hilang
fokus, keletihan, stres, mudah lupa dan masalah penghadaman takkan ada kesan tanpa
peranan ibu bapa sendiri.
“Lalu dalam situasi sebegini, ibu bapa juga perlu menjayakan tanggungjawab mereka
dengan menyalurkan hal positif. Golongan anak juga sama contohnya belajar dengan ikut
arah kiblat dan baca penenang hati. Pendek kata, keberkesanan produk itu akan lebih
mujarab dengan cara dipraktikkan ibu bapa dan anak mereka,” kata Pengasas Excel Pro
itu.
Syarikat ini dilaporkan menggunakan hanya lapan orang ‘coach’ atau jurulatih sahaja
sebagai tenaga sokongan dan jualan produk berkenaan pada tahun lalu.
Namun untuk tahun ini, sistem stokis dan agen telah mula digunakan bagi syarikat yang
berpengkalan di Bandar Baru Bangi itu.
“Kelainan kita juga dapat dilihat dengan memberi sokongan kepada coach dan golongan
ibu bapa sendiri dengan mewujudkan program Webinar contohnya.
“Menerusi program sebegitu, pihak kami salurkan pelbagai input berfaedah dan
bermanfaat untuk diamalkan termasuk tips, nasihat dan perkongsian doa.
“Hingga kini kami mempunyai empat stokis, lebih 150 agen di seluruh Malaysia. Malah
sistem ‘coach’ yang diamalkan masih dikekalkan dan terus bertambah bilangannya,”
katanya.
Ketika disoal berkenaan sasaran jualan yang diletakkan pada tahun ini, anak kelahiran
Kampung Sungai Pinang, Klang, Selangor itu bersikap optimis.
“Tahun lalu, kami berjaya capai jualan sehingga RM2.4 juta. Tahun ini saya sasarkan
sekitar RM7 juta,” katanya.
Tablet coklat yang sedap tanpa gula ini diperkaya daripada kandungan premium seperti
Bacopa, Omega 3, Prebiotik dan Probiotik.
Ianya turut diperakui mempunyai jaminan logo Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) selain memiliki sijil pengiktirafann Good Manufacturing Practice (GMP).
Layari https://excelpro.solutions untuk tempahan dan butiran lanjut.