Excel Pro

Shafaz Trading sasar raih jualan hingga RM7 juta tahun ini

KUALA LUMPUR: Shafaz Trading Sdn Bhd, pengeluar produk makanan tambahan tablet
berperisa coklat, Excel Pro menyasar meraih jualan RM7 juta.
Pengasas produk Excel Pro, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah atau mesra dipanggil ‘Tok
Abah’, berkata Excel Pro mula dipasarkan sejak awal tahun 2000, produk keluaran Shafaz
Trading itu kali terakhir mendapat sentuhan ‘magis’ penjenamaan baharu selain
peningkatan mutu ramuan bahan bahan digunakan pada Disember 2019.
Katanya, keistimewaannya produknya tidak semata-mata dijual atas dasar memberi
manfaat kepada pengguna sasaran yang dirumus khas untuk usia tiga hingga 80 tahun.
Sebaliknya, ia timbal balik kepada falsafah kemanusiaan, saling kebergantungan
kehidupan dan tenaga positif manusia seiring dengan kepakaran Tok Abah dalam bidang
motivasi serta falsafah.
“Di pasaran barangkali ada produk yang hampir sama dengan Excel Pro. Namun kalau
ditanya apa kelebihan produk ini atau yang membezakannya dengan lain, ia berbalik
kepada sudut pandangan dan bidang falsafah hidup saya pelajari serta amati.
“Bererti dalam hal falsafah itu sendiri ada nilai tambah. Makanan tambahan ini yang
awalnya dulu dikhususkan untuk membantu pelajar sekolah contohnya masalah hilang
fokus, keletihan, stres, mudah lupa dan masalah penghadaman takkan ada kesan tanpa
peranan ibu bapa sendiri.
“Lalu dalam situasi sebegini, ibu bapa juga perlu menjayakan tanggungjawab mereka
dengan menyalurkan hal positif. Golongan anak juga sama contohnya belajar dengan ikut
arah kiblat dan baca penenang hati. Pendek kata, keberkesanan produk itu akan lebih
mujarab dengan cara dipraktikkan ibu bapa dan anak mereka,” katanya.
Tahun lalu, syarikat itu menggunakan hanya lapan orang ‘coach’ atau jurulatih sebagai
tenaga sokongan dan jualan produk berkenaan.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan, hanya pada tahun ini, syarikat yang berpangkalan di
Bandar Baru Bangi itu mula menggunakan sistem stokis dan ejen.
“Kelainan kita juga dapat dilihat dengan memberi sokongan kepada coach dan golongan
ibu bapa sendiri dengan mewujudkan program Webinar contohnya.
“Menerusi program sebegitu, pihak kami salurkan pelbagai input berfaedah dan
bermanfaat untuk diamalkan termasuk tips, nasihat dan perkongsian doa.
“Hingga kini kami mempunyai empat stokis, lebih 150 agen di seluruh Malaysia. Malah
sistem ‘coach’ yang diamalkan masih dikekalkan dan terus bertambah bilangannya,”
katanya.
Ditanya mengenai sasaran jualan pada tahun ini, anak kelahiran Kampung Sungai Pinang,
Klang, Selangor itu bersikap optimis.
Tablet coklat tanpa gula itu diperbuat daripada kandungan premium seperti Bacopa,
Omega 3, Prebiotik dan Probiotik.Ia didatangkan dalam bentuk botol dengan kuantiti 120
biji dan dijual pada harga promosi di bawah RM100.
Ia diperakui mempunyai jaminan logo Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) selain memiliki sijil pengiktirafan Good Manufacturing Practice (GMP).Layari
https://excelpro.solutions untuk tempahan dan butiran lanjut.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Shopping Cart
0
Scroll to Top